Wednesday 18 January 2012

BANK SUSU HARAM



Penubuhan Bank Susu Ibu ini adlah cadangan satu badan NGO Human Milk For Human Baby (HM4HB) yang berpendapat penubuhan adalah untuk memberi laluan kepada bayi-bayi pra matang atau ibu yang mempunyai masalah dalam menyusui ibu especially yang kena HIV atau sakit kronik.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan, cadangan untuk penubuhan Bank Susu Ibu adalah bukan berada dalam kategori darurat malah penubuhan Bank Susu Ibu di Malaysia boleh menyebabkan kekeliruan nasab.

Apa kata Yusof Al-Qardhawi: Boleh jika ada 3 perkara ini. 
pertama: ibu yang tertentu yang memberi penyusuan dan yang 
kedua: melalui hisapan bayi pada puting ibu berkenaan dan 
ketiga: kedudukan bayi di atas ribaannya atau dalam pelukannya yang menampilkan suasana pergantungan, kemanjaan kemesraan di antara bayi dengan ibunya
 Saya sebagai rakyat negara ini tentunya perlu mengikut fatwa majlis ulama kebangsaan (MUK).  Rasanya lebih praktikal sebab boleh ke kita tentukan ibu susu kita 20 tahun akan datang?. Bank susu tersebut ada ke menyimpang semua rekod penderma? Ada ke hadis yang kata ibu susuan itu membawa maksud mesti hisapan melalui puting tertentu. Rasanya lebih selamat ikut fatwa MUK. Tidak terfikir ke kita siapa sebenarnya NGO tersebut. Alasan boleh dibuat, risikonya umat islam yang kena tanggung. Wassalam.


http://www.bharian.com.my/articles/Banksusuibuharam/Article/

1 comment:

  1. terima kasih kerana sudi singgah dan baca entri saya. soalan cikgu telah saya jawab dalam kotak komen saya.

    ReplyDelete