Ramai orang gagal menurunkan berat badan walaupun sudah berdiet bersungguh-sungguh (katanya). Kenapa pulak? Menurut kajian, ada beberapa perkara menjadi mitos dalam berdiet seperti yang di laporkan oleh My Health News Daily dan Total Beauty.
1. Rendah Lemak = Rendah Kalori
Hanya kerana produk makanan/minuman berlabel rendah lemak atau bebas lemak, bukan bererti ia rendah kalori. Lemak dalam makanan low-fat biasanya diganti dengan nutrisi yang mengandung kalori seperti protein dan gula. Tetap perhatikan jumlah kalori dalam makanan dan senaman yang teratur jika anda ingin turunkan berat badan.
2. Makan Larut Malam Boleh Gemuk
Makan di malam hari, terutama makanan berat di atas pukul 7 memang tidak dianjurkan. Tapi bukan kerana ia menaikkan berat badan, tetapi ia mengganggu sistem pencernaan. “Berat badan Anda akan naik jika tenaga yang diperolshi lebih besar daripada tenaga yang digunakan,” ujar Sara Stanner, pakar pemakanan dan ahli British Nutrition Foundation.
3. Minuman Tenaga Lebih Sihat Dibandingkan Soda
Minuman tenaga mungkin mengandung banyak vitamin dan mineral. Tapi ia tetap juga mengandungi kandungan gula dan kalori tinggi. Jika sudah menjalani diet sihat, tidak perlu lagi minum minuman tenaga. Minuman terbaik untuk mengganti cairan setelah bersenam adalah air putih. Air kelapa pun boleh.
4. Anda Bebas Makan Apa Saja Asalkan Bersenam
Hanya kerana sudah bersenam berjam-jam, bukan bererti Anda boleh bebas melantak semahunya. Tetap perhatikan kuantiti makanan Anda. Jangan berlebihan, juga jangan kekurangan.
5. Sarapan Dengan Kuantiti Banyak Boleh Meredakan Keinginan Makan
Sarapanlah dengan makanan yang lebih ringan seperti roti gandum, omelet atau cereal. Itu lebih baik. Jika makan sarapan dengan banyak pada sarapan pun, pada lewat jhari nanti anda akan lapar juga. Hasilnya kita akan makan lagi dan mengumpulkan tenaga yang diperolehi pada waktu sarapan.
6. Jangan Makan Daging Merah Semasa Diet
Dalam jumlah makan yang betul, daging merah seperti lembu atau kambing sebenarnya merupakan sumber protein dan zat besi yang baik. Namun ada yang harus Anda perhatikan saat menikmatinya. Pilih bahagian daging seperti sirloin atau dekat tulang rusuk yang dihiris nipis, dan singkirkan lemak-lemaknya.
7. Tubuh Gemuk adalah Keturunan dan Tak Boleh Diubah
Manusia memang mewarisikan gen atau bentuk tubuh dari orang tuanya. Tapi bukan bererti bila ayah atau ibu Anda gemuk, maka Anda tidak boleh memiliki tubuh ideal. Berusahalah dengan disiplin berdiet dan olahraga teratur. Bila dilakukan secara rutin, Anda akan mendapatkan tubuh idaman.
8. Daging Putih Lebih Rendah Lemak
Makan daging ayam dianggap lebih sihat, tetapi daging ayam akan membuat anda lebih gemuk daripada daging merah (daging lembu atau kambing). Sirloin steak memiliki sedikitnya 5 g lemak per 100 g, sedangkan paha ayam dapat memiliki hingga 9 g per 100 g.
9. Telur Berisiko Tingkatkan Kolesterol
Sebuah kajian yang dilakukan oleh Universitas Surrey, didapati setelah berdiet dengan telur sebanyak 2 biji sehari selama 12 minggu, tiada individu yang dikaji menunjukkan peningkatan kolestrolnya.Selain rendah kalori (75 kalori dalam sebutir telur rebus), telur juga mengandung vitamin D, vitamin B-12 dan nutrisi lainnya.
10. Sayuran Mentah Lebih Baik
(Sumber: Wolipop.com)
No comments:
Post a Comment