Peristiwa 1:
Dua komando VAT 69 mati ditembak penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini Jumaat (1 Mac)
- Insp Zulkifli Mamat, 29
- Kpl Sabarudin Daud, 46
Peristiwa 2:
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam Sabtu (2 mac) di Kampung Srijaya, Simunul
itu, enam penceroboh dipercayai anggota tentera Diraja Kesultanan Sulu
turut terbunuh.
Anggota keselamatan negara yang terkorban dalam kejadian itu ialah:
Mereka ialah:
1. Superitenden Ibrahim Lebar 52, - Cawangan Khas, Bukit Aman
2. ASP Michael Padel - Cawangan Khas, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Semporna
3. Sarjan Baharin Hamit - Cawangan Khas, Ibu Pejabat Kontingen (IPK) Sabah
4. Sarjan Abdul Aziz Sarikon - Batalion 14, Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau
5. Koperal Salam Togiran - IPD Tawau
6. Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran - Batalion 14, PGA Tawau
Setakat blog ini ditulis pada 4 Mac jam 12.00tgh, inilah senarai anak bangsa kita yang satu agama dengan kita yang mengorbankan nyawa mereka.
PUN BEGITU, hari ini saya rasa sangat kecewa dengan beberapa orang cikgu disekolah saya kerana masih lagi menyalahkan kerajaan kerana tidak menyelesaikan masalah ini segera. Padahal minggu lepas mereka mengatakan ini adalah komplot kerajaan Malaysia. Bila ada kematian menyalahkan kerajaan jugak kerana tidak bertindak cepat dan sangat berahsia. Esok entah apa pulak.
Sebenarnya kalau nak diikutkan hati saya memang kena maki cikgu tu (beberapa cikgu perempuan), tetapi bila pikir2, maki pun tak guna untuk orang bangang seperti itu. Mereka ini bercakap atas kapasiti laki mereka tidak mati. Apa agaknya yang mereka akan cakap kalau yang mati tersebut laki mereka atau anak meraka. Mereka rasa alah tak apalah, laki aku cikgu, laki aku doktor, laki aku potong sawit dsb bukannya kena pergi ke sana pun.
Sebenarnya ramai di Malaysia ini, mereka lebih sayangkan parti politik dari sayangkan kerajaan. Meraka tak dapat nak bezakan parti politik dan kerajaan.
Mudah sahaja: Sayangkan parti politik undilah mereka masa pilihanraya, tapi sayangkan kerajaan tidak kira parti apapun kenalah sentiasa taat kepada negara.
ALFATIHAH untuk mereka semua. Sesungguhnya mempertahankan negara itu, syahid balasannya.
No comments:
Post a Comment