Tuesday, 21 February 2012

Sekali Buang Sampah Dapat Seketul Ciuman


Bunyi macam bangang jer k an.  Tapi kalo dah jenuh pesan “Buanglah Sampah Dalam Tong Sampah”. Haram nak diikutnya. Budaya ini menular dalam masyarakat kita sampailah ke sekolah. Padahal di sekolah, peratus  bil tong sampah par luas kawasan adalah yang paling tinggi kat Malaysia. Pelajar buang suka hati jer. Bawah tangga, celah tingkap, dalam meja dan yang paling sedih ialah di celah-celah buku kat library. Hampeh betul. Padahal tong sampah tu cuma dua langkah jer.
Mungkin inilah penyelesaiannya.  Di China, jika anda buang sampah dan sebagai upahnya anda akan diupah ciuman oleh seorang gadis cantik. Inilah yang dilakukan Li Xiaohe nama gadis manis ini yang masih belajar di sebuah Universiti di Chengdu China. Menurut Harian Rakyat China yang menceritakan Li melakukan kempen ini bertepatan dengan hari alam sekitar 8 Jun tahun 2011.

Li hanya ingin dirinya memberikan sumbangan pada kesedaran kepedulian masyarakat pada alam sekitar. Menurut Li perkara yang dilakukannya akan lebih bererti dari pada hukuman yang dilaksanakan atas pesalah peraturan alam sekitar.

Menurutnya, Li pada media tempatan, hukuman atau hukuman atas kesalahan terhadap alam sekitar membuat orang melakukan sesuatu kerana terpaksa bukan kerana motivasi dari dalam dirinya sendiri. Ia berharap masyarakat boleh sedar dan mengambil berat.

TAPI ini mungkin sesuai kat sana. Jangan pulak ada PBT yang mangkuk ayun pegi buat macam nih. Cukup2lah anak2 luar nikah yang dicampak merata-rata. Bukan suruh ikut tapi suruh berusaha lebih lagi untuk menghentikan tabiat yang tidak disukai RASULULLAH ini.

*berapa ramai kita lihat perokok simpan putung rokok bila selesai hisap rokok? Mungkin 1 dalam 1000. Yang 999 lagi campak ikut suka dia jer dan yang paling mangkuk sekali letak dalam pinggan kat restoran. TAKDE KESEDARAN SIVIK LANGSUNG. Tu baru sivik belum agama lain. Entahlah.

No comments:

Post a Comment